Monday 2 January 2012

Tips KHAS untuk pengguna CONTACT LENS


So hari ni aku macam terajin sikit untuk bagi tips kat KAUorang berkenaan CONTACT LENS. harap boleh bagi manfaat & pada sesiapa yang teringin nak pakai contact lens tapi tak tahu tips penjagaan & cara pemakaian. so aku harap lepas baca tips yang aku bagi ni bolehla korang bergaya dengan lens yang berkaler2 tu yekk^^ iyelah sekarang ni, contact lens bukan saja sebagai alat pembantu penglihatan (betul ke ntah ni?) malah dah jadi satu fesyen & kadang tu sampai menjadi satu aksesori wajib bagi seseorang individu. contact lens pun dah kira murah banyak dah sekarang ni compared to zaman dolu-dolu~

memang kita nampak MARBELES dengan LENS
tapi lagi MARBELES kalau pandai menjaganya ;)

So, lets proceed...

1st of all, korang mesti ingat, nak handle contact lens mestilah dalam keadaan yang bersih. iaitu tangan mesti bersih, casing mesti bersih, mulut mesti bersih. tempat pembersihan mesti bersih. & segalagalanya mesti bersih dari segala macam kotaran, kuman, bakteria & seadikberadik dengannya. kelalaian korang dalam memastikan kebersihan semasa penggunaan dan handling contact lens can cause severe to your eyes. So, mesti kena hatihati yer kawankawan. Penting untuk membersihkan contact lens sebelum memakai & selepas pakai untuk membersihkan mukus, deposit & cecair asing yang melekat pada contact lens korang. Jangan sesekali membilas contact lens korang dengan air paip. air paip absolutely tak sesuai untuk mencuci contact lens coz kemungkinan terdapat bendasing dalam air paip itu yang boleh merengsa mata korang. (den pernah terkona -.-' ). Masa merendam lense korang dalam casing tu (casing mesti yang bersesuaian, jangan simpan dalam tupperware pulak) pastikan lens korang tenggelam atau kalau boleh titik solution sampai penuh dalam case. jangan sesekali KEDEKUT solution, ini demi kesihatan mata korang jugak. Lagi satu lens yang korang pakai tu jangan pulak melebihi jangka hayat nye. dah expired pun korang pakai. ONCE AGAIN jangan kedekut lah derrrr~ at least, setiap 3 bulan tukar sekali, lebih selamat, terjamin sikit keselamatan mata. HAHAHA. oke aku tak mainmain. serius. korang jangan lerrrrrr pakai lens sampai expired yekkkk~

Ni pulak TIPS PEMAKAIAN & PENCABUTAN LENS DARI MATA KAUorang

Sebelum sumbat lens ke mata
1) Basuh tangan bersihbersih dengan sabun. kalau boleh guna DETTOL anti bacteria 99.99% wooo~
2) INGAT jarijemari termasuklah tapak tangan korang mestilah bebas daripada tercemar oleh produkproduk kosmetik. contoh jari tercalit lipstik atau bekas kesan krim yang korang baru lepas gosok kat muka. haa cenggitu la agaknye~ oke go on...
3) Kalau nak mencelak, ber-eyeshaddow, berbulu mata pelastikk, eyelinear pastikan pakai lens dulu barulah boleh tempek apa yang nak tempek oke ;)

Masa nak sumbat kat mata dah
1) Pastikan mata berkeadaan bersih bak kata orang line clear~
2) Letak lens kat hujung jari bukan kat tapak tangan yer
3) kemudia boleh start tempek kat bijik mata, kalau boleh mulakan dengan mata kanan dulu, MAK kita kata lebih afdhal :)
4) Hujung jari tangan kanan pegang lens, manakala jari kiri bantu mata supaya terbeliak sikit.
5) susah nak masukkan lens dengan mata tersepetsepet so thats why bagi yang tak biasa boleh guna tangan satu lagi bantu bukakan mata.
6) letak pelanpelan, jangan main jolok je. dah letak kelip mata dua tiga kali supaya kedudukan lens stabil & selesa di dalam mata. kalau tak stabil jugak, tutup mata & gosok pelanpelan kelopak mata, kalau tak menjadi juga buka balik cuci bilas and masukkan semula.
7) Ulang step yang sama untuk mata kiri pulak.

oke GojesGojes sekalian cenggini caranya yer~
PUT IT CAREFULLY oke


Cara nak CABUT LENS DARI BIJIK MATA
1) Sama jugak macam masa mulamula nak pakai lens. bersihkan segala bagai dulu yer~
2) Kalau boleh start dengan mata kanan dulu, AFDHAL kata mak..
3) Untuk buka lens ni recommended supaya korang buat depan cermin ye, tu pun afdhal tawww ^^
4) kemudian mata korang mestilah memandang ke atas, tak pandang pun takpe kut, but depends on individual yang mana lebih senang.
5) picit lens dengan dua hujung jari korang, & lens akan senang tercabut.
6) macam biasa bersihkan lens, cuci, rinse, disinfect dengan rendam lens dalam solution.

Ha kalau tak tahu camne nak picit lens tu
ni AKAQ ada bagi hangpa tengoQ bagi faham ^^

aku rasa tu je kot untuk tips kali ni, kalau ada addition InsyaAllah i'll let u all know oke ;) 
for readers: TQ Darling. :)